By Harian Metro

Usaha menjaga kesihatan pada zaman sekarang menjadi semakain sukar berbanding dahulu disebabkan kesibukan kerja dan gaya pemakanan tidak sihat. Walaupun amalan hidup aktif mula diperkenalkan dengan pelbagai jenis senaman dan diet, ia kurang menampakkan hasil apabila hampir separuh pendudul Malaysia masih mempunyai berat badan berlebihan, dengan kadar obesiti meningkat 300 peratus dalam masa hanya dua tahun. 

Ini dirumitkan lagi dengan tanggapan makanan sihat membosankan atau tidak sedap. Lebih-lebih lagi apabila gologan muda kerap mimilih makanan berdasarakan rupa yang menarik atau diukur hanya menerusi paparan Instagram. 

Antara makanan sihat yang mula diperkenalkan tahun ini dan dijangka menjadi trend 2020, adalah poke bowl (mangkuk poke) iaitu satu konsep dari Hawaii yang merujuk kepada gabungan ramuan protein dan serat bersama perasa organik sihat. 

Poke bermaksud ‘hiris atau potong’ dalam bahasa Hawaii merujuk kepada potongan isi ikan mentah seperti tuna dan salmon yang diperap, kemudian diletakkan di atas nasi atau quinoa dengan taburan sayur dan sos umami di atasnya. Ia mula diperkenalkan oleh nelayan yang memotong hasil sisa tangkapan seperti ikan menjadi potongan kecil dan mamakannya bersama sayur di atas kapal. Lama-kelamaan ia menjadi budaya masyarakat Hawaii dan diambil sebagai menu sihat di seluruh dunia termasuk Malaysia. 

Menurut perintis gaya makanan poke bowl di Malaysia, Cef Aaron Lim yang juga pemilik Kubis & Kale, dia tertarik mengetengahkan konsep poke bowl disebabkan peningkatan kes obesiti yang kian membimbangkan di negara ini. 

“Budaya makanan segara, makanan berminyak, banyak lemak, manis dan masin serta makanan sepanjang masa menjadi amalan rakyat Malaysia sejak berzaman. Ia sememangya sukar ditinggalkan.” 

“Menerusi mangkuk poke inin saya berharap ia dapat memberikan kita satu lagi mempunyai pilihan dan mencuba makanan sihat, namun dengan rasa yang sedap dan bewarana-warni. Ia sekali gus membuang tanggapan mengenai hidangkan berkhasiat yang hambar dan kurang enak,” katanya.

Katanya, sajian poke bowl semamangnya disediakan untuk generasi baharu, khususnya pengguna media sosial yang mementingkan ‘penanmpilan’ makanan, rekaan dan warna memikat. Walaupun pokebowl mengikut trend pemakanan dunia, ia tetap berpaksi kepada beberapa fakta iaitu menyajikan makanan mentah segar dan vegetaraian. 

“Setiap hidangan menggunakan lebih bayak makanan segar, sejuk dan diperap khususnya salmon, tuna dan ayam. Ia disediakan dengan pilihan sos sayur-sayuran yang dihasilkan sendiri seperti mangga, manakala golongan vegetarian pula tidak perlu bimbang kerana terdapat banyak pilihan protein disediakan,” katanya.” 

Kata Aaron, falsafah dalam penyediaan poke bowl ini adalah memberi penekanan kepada pilihan apa dimakan, sumber dan cara penyediaannya dengan tatacara serta nasihat daripada pakar diet, Indra Balaratnam. 

“Lebih penting pengguna tidak perlu bimbang kerana hidangan poke bowl menggunakan sayuran karbon yang dibelkan pakar perladangan karbon janaan semula bandar dan pertanian iaitu perintis tumbuhan karbon pertama di Malaysia. Jadi sayur-sayuran yang dibekalkan bersih dan selamat tanpa bahan kimia,” katanya. 

Indra mejelaskan mengenai fakta pemakanan dan cara mengimbangkan makanan kita dalam satu mangkuk dan disesuai-kan mengikut keperluan masing-masing. Menurutnya, apa yang dimakan dalam sehari boleh mempengaruhi perasaan, kesejahteraan dan keadaan kesihatan. 

Pilihan makanan boleh menambah baik mood, membuat individu rasa bertenaga dan melenyapkan rasa kembung serta senak perut. 

“Dalam kehidupan moden kini, masing-masing sibuk dan sukar untuk mengambil makanan sihat. Jadi poke bowl adalah jawapannya kerana ia menawarkan peluang untuk mencampur dan memadankan pelbagai bahan seperti protein pejal, kacang, sayuran warna-warni, kekacang, bijian dan bijirin untuk membentuk kombinasi makanan yang memenuhi keperluan tumbuh individu,” katanya. 

Sajian yang menyenangkan, sepatutnya mengandungi kebanyakan nutrien yang diperlukan, mudah dimakan dan kesemuanya dalam satu mangkuk dengan sukatan yang betul.


 

Leave a reply