Berita Kulinari

Buat penggemar makanan hijau, ringan dan sihat. Kubis & Kale kini dibuka untuk menerima kunjungan pelanggan. Diasaskan oleh Chef Aaron Lim, perintis gaya makanan poke bowl (sajian nasi bercampur dengan ikan mentah perap yang berkhasiat dan segar, dihidangkan dalam mangkuk) di Malaysia.

Kubis & Kale membawa trend dengan hidangan sihat “Poke, Cooked Foods & Vegans In A Bowl).”

Menurut Aaron, Kubis & Kale merupakan tempat untuk menikmati makanan biasa, bermusim dan sihat. “Falfasah kami ialah mask dari mula dengan menggunakan bahan-bahan bermusim yang sihat, menjalin hubungan dan bekerjasama dengan masyarakat petani, pembekal & masyarakat yang menyokong dan memperjuangkan makanan sebenar,” ujar Aaron.

“Poke bowl menjadi makanan ruji utama dalam menu Kubis & Kale. Daya tarikannya terletak pada keupayaan orang yang makan untuk menyesuaikan masakan dari Hawaii ini dengan pelbagai bahan asas, ramuan dan sos – dengan potongan isi ikan mentah yang diperap, biasanya tuna – yang kemudiannya diletakkan di atas nasi, soba atau quinoa dengan taburan sayur dan sos umami di atasnya.

Di Kubis & Kale, Aaron mencipta rasa, bahan-bahan dan perisa baru dengan memperkenalkan tiga jenis makanan baharu untuk vegetarian/vegan dan mereka yang mahu sihat iaitu Poke Bowl (mentah & masak), makanan masak dan menu makanan untuk vegetarian/vegan.

Kubis & Kale bekerjasama rapat dengan petani tempatan untuk membawa hasil tani ke meja makan sebagai usaha memberikan pengalaman makan paling menyegarkan. Ia menggunakan sayuran karbon seperti dibekalkan oleh Pakar Perladangan Karbon Janaan Semula Bandar dan Pertanian – Perintis Tumbuhan Karbon (teknologi pertanian terbaharu digunakan di Australia dan Perancis, pertama di Malaysia)

Bagi mempromosikan Hari Vegan Antarabangsa pada 1 November, Kubis & Kale mengumumkan promosi “Beli 1 Percuma dari 1 hingga 3 November 2019 untuk mengorak langkah menggalakkan gaya hidup lebih sihat.

Leave a reply