Al-Siha Newspaper


 

Semakin ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan tablat pemakanan yang tidak sihat, malah Malaysia dilaporkan sebagai negara yang mempunyai ramai penduduk gemuk di Asia sejak tiga tahun yang lalu dengan catatan separuh daripada penduduk Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dengan kadar obesiti meningkat 300 peratus dalam masa dua tahun. 

 

Pengasa Kubis & Kale, Cef Aaron Lim berkata, usaha untuk menjaga kesihatan dilihat semakin sukar berikutan kebanyakan rakyat Malaysia mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat dengan alasan kesuntukan masa atau gaya hidup yang sibuk. 


 

“Tanggapan bahawa makanan sihat membosankan atau tidak sedap merumitkan lagi keadaan terutama dalam kalangan generasi muda yang memilih untuk mengamalkan pengambilan makanan yang hanya nanmpak menarik untuk di paparkan di laman sosial tanpa menitikberatkan kandungan nutrisi dalam menu terbabit,” katanya.


 

Cef Aaron, baru-baru ini telah memperkenalkan dan mencipta kelainan dengan menghasilkan bahan-bahan dan perisa baharu dalam bentuk pokebowl (sajian nasi bercampur dengan ikan mentah perap yang berkhasiat dan segar dan dihidangkan dalam mangkuk). “Konsep pokebowl atau masakan Hawaii ini dilengkapi dengan pelbagai bahan asas, ramuan dan sos serta potongan isi ikan mentah yang diperap iaitu tuna yang diletakkan di atas nasi atau soba dan juga quinoa dengan taburan sayur dan sos umami yang pasti menyihatkan. 


 

“Lebih menarik lagi, poke mentah atau segar dan makanan vegetarian inin menggunakan lebih banyak bahan makanan segar, sejuk yang diperap sendiri khususunya ikan salmon, tuna, ayam dan sebagainya,” beliau berkata demikian ketika pelancaran Kubis & Kale. 


 

Sementara itu, Pakar Diet Indra Balartanma berkata, setiap makanan yang diambil oleh individu boleh mempengaruhi perasaan, kesejahteraan dan juga keaddan kesihatan. Katanya, makanan boleh menyebabkan emosi seseorang berubah menjadi lebih baik, membuatkan seseorang rasa lebih bertenaga dan bukan sekadar menghilangkan rasa kembung dan senak perut. 


 

“ Amalan pengambilan makanan secara pokebowl yang lebih dikenali sebagai mangkuk sihat ini amat digalakkan kerana individu boleh mencampurkan bahan-bahan seperti protein pejal, kacang, sayur-sayuran, kekacang, bijian dan juga bijirin untuk membentuk kombinasi sajian menarik dan sihat selain menepati saranan makanan suku suku separuh yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)” katanya. 

 

Leave a reply